Taklimat Kdb & Advokasi Live - Oversharing
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniSelasa – 23 Oktober 2020, bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 tengahari, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah telah mengadakan satu sesi taklimat secara atas talian melalui laman PIK PPR Taman Malihah di Facebook. Aktiviti ini diadakan secara langsung pada hari tersebut bagi mengikuti langkah SOP yang telah ditetapkan. Taklimat yang disampaikan adalah mengenai bahaya dan kesan Oversharing kepada masyarakat. Tayangan video mengenai oversharing di wechat juga dibuat bagi memberi contoh kesan buruk Oversharing.
Tujuan taklimat adalah:
Memberi pengenalan kepada “Oversharing”.
Memberi kesedaran kepada bahaya “Oversharing”.
Langkah – langkah untuk mengatasi masalah “Oversharing”
Kelebihan dan kebaikan:
• Melatih komuniti untuk menggunakan kemudahan internet dengan lebih bijak, berwaspada dan bertanggungjawab
Mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain ketika mengguna media sosial
Tahu cara mengatur tetapan privasi di media sosial
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Siaran ulangan boleh di tonton di pautan “https://www.facebook.com/PIPPRTamanMalihah/videos/716741245591952”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: